elin heppy ceria

Monday, November 22, 2010

kata-kata nasihat..

  • -       Jangan takut dengan kesusahan.. sebab kesusahan akan menguatkan hati, membuat anda merasa nikmatnya sihat, akan membulatkan tekad, akan mengangkat kedudukan dan akan memunculkan kesabaran..
  • -         Buku adalah kawan yang paling baik..bercakaplah dengan buku,bersahabatlah dengan ilmu dan bertemanlah dengan pengetahuan..
  • -         Hiduplah bersama al-quran..sama ada dengan menghafal,membaca,mendengar atau merenungkan maknanya..sebab ini merupakan ubat paling mujarab untuk menghalau kesedihan dan kedukaan..
  • -         Bertawakallah kepada Allah dan serahkan semua perkara kepadaNYA, terimalah semua ketentuanNYA dan bergantunglah kepadaNYA..kerana sesungguhnya DIA cukup sebagai pelindungmu..
  • -       Terimalah pilihan Allah dengan gembira..sebab kita tak tahu tentang kemaslahatan..boleh jadi kesusahan itu lebih baik dari kesenangan..
  • -         Ujian itu akan mendekatkan jarak antara kita dengan tuhan..mengajar kita bagaimana berdoa dan menghilangkan kesombongan, ujub, riak dan takabbur dari diri kita..
  • -       Jauhi cinta yang berlebihan dan cinta yang terlarang..sebab itu adalah azab bagi jiwa dan penyakit bagi hati..cinta sejati adalah cinta kepada Allah..
  • -       Selepas lapar akan datang kenyang, selepas dahaga akan datang kesegaran, selepas sakit pasti ada kesembuhan, selepas kefakiran akan datang kekayaan dan kesedihan itu pasti disertai dengan kebahagiaan..inilah sunnatullah yang tak boleh diubah suai/tokok tambah..
  • -        Jangan marah tetapi jika terpaksa marah maka diamlah dan berlindunglah kepada Allah dari syaitan..ubahlah posisi anda..jika anda marah ketika berdiri maka duduklah dan perbanyakkan zikir..

No comments:

Post a Comment